Posts

Kota Dingin Eirene

Image
Prolog Selepas berjaya menarik seikat wang dalam nilai seratus dolar dari bawah meja, perempuan itu kelam-kabut membuka kasut tinggi dan berlari meredah keluar pusat judi yang dipenuhi orang ramai. Bagaimanapun, penjaga-penjaga Alanso berjaya menghidu pergerakannya. Cukup dengan satu arahan, dua orang dari penjaganya pantas berlari mengejar seorang perempuan berambut panjang yang memakai baju gaun berwarna merah menyala. Perempuan itu berlari tanpa henti dan sudahpun berjaya keluar dari kasino. Dia kelihatan benar-benar nekad. Langkahnya semakin laju menjauhi kasino tadi sebelum menyelinap dengan bijak dari celah-celahan kereta-kereta yang parkir di sepanjang jalan dan terus berlari ke arah pinggiran dataran fountain. Tindakannya begitu pantas. Seperti lipas menyusup masuk ke bawah pagar simen, dia berjaga-jaga di bawah pagar berbatuan yang terlindung oleh tiang lampu dan kaki seseorang yang menjadi penghadang sementara untuknya bersembunyi di situ. Tempat yang paling strategi...

Words Of Love (entry 2)

Image
Kepada kesedihan,  bisakah kau menangguh hari kedatanganmu? Aku ingin mengatakan, aku belum kuat. Tapi aku juga belum menyerah. Kalaulah ada sedikit waktu. aku ingin menyusun rasa-rasa perih ke dalam senyum lugu. Kalau kau tetap juga datang, aku minta… bekalkanlah kepadaku sedikit kekuatan, aku percaya kau sering membawanya setiap kali kau mengetuk sayu pintu rumahku.  Kesedihan itu belum berakhir. Aku terjaga di katil hospital dan melihat ayah tertidur di sofa dalam bilik rawatan persendirian. Sebaik mengetahui kalau aku belum lagi mati, aku kecewa. Tangisan mula menjadi teman dan akhirnya doktor tidak lagi bertangguh hendak mengesahkan yang aku telah mengalami situasi berhalusinasi yang disebabkan kesedihan dan trauma menghadapi kehilangan ibu dan kembarku. Suatu pagi aku terdengar doktor menasihati ayah untuk menjaga dan memastikan keadaanku tidak semakin memburuk. “Dia perlukan perhatian lebih berat, ini perkara penting yang melibatkan nyawanya yang benar-benar sa...

Proses Penulisan Kreatif

James Webb Young mengemukakan 5 peringkat proses kreatif : 1. Pengumpulan bahan. 2. Penyatuan dan penyerapan bahan itu di dalam fikiran. 3. Pengeraman. 4. Penglahiran idea. 5. Pengembangannya untuk kegunaan praktikal. Alex Osborn menggariskan 7 tahap proses kreatif : 1. Orientasi - mengenal pasti masalah 2. Persediaan = mengumpulkan data yang berkaitan 3. Penganalisisan - memecahkan bahan yang relevan 4. Hipotesis - mencari alternatif dengan kepelbagaian idea 5. Pengeraman - memproses idea itu. 6. Sintesis - mencantumkan serpihan idea itu. 7. Varifikasi - menghakimi idea-idea yang terhasil Proses kreatif ini terbahagi kepada proses dalaman dan luaran. Proses dalaman meliputi tahap-tahap yang berlaku dalam fakulti otak dan bahagian yang lazim iaitu persediaan, pengeraman, iluminasi dan varifikasi. Proses luaran pula ialah tahap mengeluarkan bahan di dalam fakulti otak itu iaitu persediaan, pemilihan bahan, perangkaan, penulisan dan penyemakan. Proses ilum...

Tentang Martin (3)

Image
KOTA ISKANDAR, sebuah wilayah terkenal dalam Malaysia. Kota yang  terkenal dengan pusat hiburan keluarga dan tumpuan utama orang ramai. Semua syarikat media dan studio terbesar negara ini terletak di Kota Iskandar sejak ia diiktiraf sebagai bandar raya utama.   Rancangan televisyen yang menjadi sajian rakyat Malaysia bertahun-tahun lalu, merupakan hasil kerja krew-krew media di kota ini. Mereka berdiri megah di tengah bandar Nusa yang merupakan lokasi utamanya. Bandar yang giat membangun dan memberi peluang besar untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita mahu bekerja dengan syarikat media.   Ada tiga pusat media hiburan yang berpaksi di bandar Nusa. Pertama, E-Rose TV. Kedua, Kota Media Berhad sebagai saingan utama dan Stesen Astra. Dan aku dengan bangganya, mengumumkan aku sebagai salah seorang krew dalam Stesen Media E-Rose TV.   Walaupun E-Rose TV selalu disebut sebagai stesen penyiar persendirian yang paling rendah ratingnya, tetapi ia t...

Tentang Martin (2)

Image
MATAKU menangkap sebuah kabinet kayu yang warnanya sudah hampir  lusuh dan mereput dimakan anai-anai pada bahagian tepi. Selain dari itu, ada sebuah almari cermin antik bersebelahan dengan kabinet.   Aku merakam dengan cekap dalam kepalaku semua gambaran perabot-perabot dalam bilik itu. Di tepi pintu bilik itu pula kelihatan sebuah rak melekat pada dinding. Di atas rak itu ada satu jag air. Tentu ada gunanya nanti.   Tak mahu membuang masa, almari cermin aku dekati dengan perasaan misteri. Berhati-hati dan takut-takut. Sudah berapa banyak filem seram aku tonton, kalau ada cermin saja mesti selalu menimbulkan suasana cemas dan tegang hingga membuatkan orang terkejut.  Martin bagaikan tidak takut apa-apa. Dia sekadar menyentuh beberapa benda dengan bibirnya sesekali tersenyum senget. Sementara aku pula menunggu dengan perasaan berdebar dan takut-takut. Apa agaknya yang perlu dibuat dengan cermin itu?   Aku masih menanti, hinggalah bebera...

Tentang Martin (1)

Image
STUDIO terkenal milik E-Rose TV kelihatan bagaikan satu medan pada tengah hari yang terik di luar sana. Banyak krew penggambaran sedang berkumpul untuk program sebuah pertandingan. Pertandingan yang menawarkan pekerjaan di bawah kendalian stesen penyiar yang bolehlah kusebut sebagai pilihan kedua jika aku diberikan pilihan lebih baik. Aku tak sempat menyediakan diriku dengan bekalan nota penting kerana sejak dari terpilih mengikuti pertandingan, peserta tidak diberi apa-apa petunjuk. Lapan peserta akan dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada dua orang.  Bagaimanapun, empat kumpulan yang akan dibahagikan itu nanti adalah hasil dari cabutan nama. Itulah maklumat yang aku dapat sebaik saja aku duduk di sebelah Gita, salah seorang peserta berbangsa india yang cantik dan peramah. “Itulah dia, pemenang Puzzle Competition tu.”  Seorang gadis bertudung menunjuk ibu jarinya kepadaku. Lantas aku mengukir senyuman lebar buat gadis manis itu...

Words Of Love (entry 1)

Image
                                                                          Prolog Betul, lah. Selene tidak berbohong. Nama penuhnya Selene Al Zidane. Aku tergamam di tempat duduk. Masih termangu dan terkenang-kenang akan cantiknya Selene. Senyumannya… jarinya yang menyelit rambut ke telinga… tutur katanya yang lembut, bagaikan gadis itu diperbuat dari bahan kaca yang mudah pecah. Sebetulnya, aku belum puas berbual dengan Selene. Aku inginkan satu pertemuan lagi. Mungkin dua… atau tiga. Adakah dia akan muncul lagi di stadium. Di tempat duduk yang sama?  1. SELENE AL ZIDANE Imbas kembali Tiga bulan lalu. Rupa-rupanya Salina mengetahui satu rahsia. Yang ayah ada berhubung dengan bekas kekasih lamanya selama dia bekerja di Perancis sebagai pengurus kelab Lyon. Ibu kecewa, aku t...