Aami Winks
Aami
Winks
Aku dipinjamkan seorang ayah yang penyayang kepada isteri dan anak-anak
perempuannya. Dia seorang lelaki yang terbaik. Tentu ramai gadis-gadis di
luar sana atau anak-anak perempuan yang sedang membaca kolum Aami Winks ini
akan mengakui apa yang aku katakan ini betul. Jika anda mempunyai seorang ayah
yang bertanggungjawab dan baik, maka dialah kebanggaan anda selamanya.
Tulisan
ini bukan tentang betapa aku ingin dipuji dan berbangganya aku pada ayahku. Aku
sebenarnya ingin menyuarakan fikiran yang sudah lama berada di dalam kepala. Ia
tentang betapa kasihannya aku kepada perempuan yang teraniaya oleh lelaki jahat
dan tidak berakhlak. Ketahuilah, lelaki sebegini wujud! Dalam Realiti.
Jadi,
ini sekadar kemahuan kecilku saja, aku ingin meminta… kepada lelaki, duhai sang
lelaki, tidak kiralah, biar sekacak atau sekaya manapun kamu atau lebih teruk
lagi jika hodoh dan berperangai sedemikan maka siap-siaplah juga kemungkinan
besar… anak perempuan anda, adik perempuan anda, kakak anda akan mengalami
nasib yang sama.
Sila
berubah sekarang! Jangan tunggu cinta datang, jangan tunggu kasih sayang
mendekat. Ia tidak akan mendekat melainkan kita sendiri yang membuatkannya
dekat. Yang perlu ada dalam diri anda cuma sedikit BELAS KASIHAN!
Perempuan
atau yang dinamakan wanita itu bersifat lemah dan lelaki diwajibkan
menyantuninya.
Ya,
aku sedang menasihati anda, lelaki yang kurang sikit adabnya, aku yang pernah
anda gelarkan janda tua, andartu tak sedar diri dan apa-apa lagilah yang kamu
suka. Aku kisah apa… yang penting aku tegaskan sekali lagi Aami Winks akan
terus bercakap tentang lelaki yang bermuka-muka begini, lebih-lebih lagi yang
di depan ibunya baik, di depan isterinya macam setan! Jika anda seorang lelaki
yang baik dan tidak memiliki ciri-ciri sedemikian, anda bukan jenis lelaki yang aku maksudkan jadi anda tidak perlu
tersentap dengan penulisan ini.
Ok,
dapatkan majalah Beauty and The Best kami untuk minggu ketiga ini dan lebih
banyak info untuk anda. Berbahaya menyimpan info kehidupan dalam telefon!
Kenapa? Sebab kalau telefon anda dicuri atau rosak diserang virus maka
lenyaplah info itu. Jadi apakata anda dapatkan majalah kami yang terbaru ini.
‘Beauty
and The Best’
Aami
Winks
p/s sebuah karya hiburan
Comments
Post a Comment