James Webb Young mengemukakan 5 peringkat proses kreatif : 1. Pengumpulan bahan. 2. Penyatuan dan penyerapan bahan itu di dalam fikiran. 3. Pengeraman. 4. Penglahiran idea. 5. Pengembangannya untuk kegunaan praktikal. Alex Osborn menggariskan 7 tahap proses kreatif : 1. Orientasi - mengenal pasti masalah 2. Persediaan = mengumpulkan data yang berkaitan 3. Penganalisisan - memecahkan bahan yang relevan 4. Hipotesis - mencari alternatif dengan kepelbagaian idea 5. Pengeraman - memproses idea itu. 6. Sintesis - mencantumkan serpihan idea itu. 7. Varifikasi - menghakimi idea-idea yang terhasil Proses kreatif ini terbahagi kepada proses dalaman dan luaran. Proses dalaman meliputi tahap-tahap yang berlaku dalam fakulti otak dan bahagian yang lazim iaitu persediaan, pengeraman, iluminasi dan varifikasi. Proses luaran pula ialah tahap mengeluarkan bahan di dalam fakulti otak itu iaitu persediaan, pemilihan bahan, perangkaan, penulisan dan penyemakan. Proses ilum...
PROLOG KALAULAH aku tidak pernah bertemunya, kami saling tidak mengenali tentu situasi kami berbeza. Aku pasti tidak akan menyakiti hatinya. Dia mungkin berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui akan kewujudanku. Seberapa besar pun cintaku padanya, kadangkala hal itu membuat aku menyesali pertemuan kami. Perasaan keterlaluan akulah yang paling tidak disukainya. Aku selalu menjadi dungu apabila memikirkan hal-hal seperti itu. Sehinggalah ketika aku membuat keputusan ini, aku berasa aku terlalu bodoh kerana telah meninggalkannya. Bahkan tanpa pengetahuannya, aku pergi diam-diam. Aku nekad bahawa ini adalah keputusan yang betul. Kami berdua tidak harus bertemu. BAB 1 “ HALYN… tengok, pekerjanya pakai pakaian seragam baharulah...” kata Nick teruja. Aku perhatikan betul-betul. Yalah, selalunya mereka memakai kemeja putih. Hari ini pakaian seragam mereka berwarna merah hati gelap. Warnanya hampir sama dengan sweater coat yang aku pakai sekarang. “T...
Aami Winks Aku dipinjamkan seorang ayah yang penyayang kepada isteri dan anak-anak perempuannya. Dia seorang lelaki yang terbaik. Tentu ramai gadis-gadis di luar sana atau anak-anak perempuan yang sedang membaca kolum Aami Winks ini akan mengakui apa yang aku katakan ini betul. Jika anda mempunyai seorang ayah yang bertanggungjawab dan baik, maka dialah kebanggaan anda selamanya. Tulisan ini bukan tentang betapa aku ingin dipuji dan berbangganya aku pada ayahku. Aku sebenarnya ingin menyuarakan fikiran yang sudah lama berada di dalam kepala. Ia tentang betapa kasihannya aku kepada perempuan yang teraniaya oleh lelaki jahat dan tidak berakhlak. Ketahuilah, lelaki sebegini wujud! Dalam Realiti. Jadi, ini sekadar kemahuan kecilku saja, aku ingin meminta… kepada lelaki, duhai sang lelaki, tidak kiralah, biar sekacak atau sekaya manapun kamu atau lebih teruk lagi jika hodoh dan berperangai sedemikan maka siap-siaplah juga kemungkinan besar… anak perempuan anda, adik perem...
Comments
Post a Comment